Anggota TLDM maut motosikal terbabas

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang anggota anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 415 Lebuhraya PLUS, dekat Lembah Beringin di Hulu Selangor, petang tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.18 tengah hari itu, Ahmad Syahizi Rashid Minkahar, 21, yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Melaka.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, motosikal jenis Yamaha 125Z yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terjatuh di lorong kecemasan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tanjung Malim untuk tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama