Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum esok
Iklan
KUALA LUMPUR - Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum esok dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
"Kita sudah berbincang dalam kementerian bersama dengan JPJ. Memang kita akan membuat pindaan terhadap peraturan cermin gelap yang akan saya umumkan pada sidang media esok selepas perjumpaan dengan JPJ secara muktamad,” katanya kepada Bernama selepas program temu bual ‘The Nation’ terbitan Bernama News Channel, hari ini.