JOHOR BAHRU - Seramai 150 pekerja asing menerima juadah berbuka puasa diraja di Masjid India sempena Ramadan pertama, hari ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisurinya, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyumbangkan 150 bungkus makanan juadah berbuka puasa tersebut.