Maut jatuh dari tingkat 4
Iklan
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah perumahan awam di Salak Selatan tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian itu diketahui pihaknya selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12 tengah hari.