200,000 rakyat miskin tegar terima RM600 Isnin depan
Iklan
PUTRAJAYA - Seramai 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) berjumlah RM600 mulai Isnin depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian bantuan itu menerusi aspek Perlindungan Sosial Untuk Rakyat Memerlukan dilaksanakan sebagai langkah awal merealisasikan Naratif Ekonomi Madani sebelum pembentangan Belanjawan Madani 2024.