KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Perpaduan terus diperkukuhkan supaya dapat menjalankan kerja dengan baik demi rakyat.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, semua pihak dalam gabungan yang membentuk kerajaan Persekutuan ketika ini harus menggunakan pengaruh dan kuasa yang ada untuk menjaga kepentingan rakyat.