Norza dilantik ahli Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia
Iklan
PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria meluahkan keterujaan untuk menabur bakti dalam pergerakan Olimpik di peringkat benua selepas dilantik menduduki Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia (OCA).
Norza dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan OCA bagi penggal 2023-2027.