KDA mahu menang, elak kejutan Kelantan United

Iklan
Penyerang baharu KDA FC, Ifedayo (kanan) bakal menjadi tumpuan penyokong Sang Kenari di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat. - Foto KDA FC

PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain mahu pasukannya meneruskan momentum kemenangan apabila menerima kunjungan Kelantan United pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Perlawanan ke-17 tersebut penting buat Sang Kenari bagi memastikan mereka dapat terus memberikan saingan kepada empat pasukan teratas Liga Super.

Iklan
Iklan

"Pemain KDA FC diminta tidak mengambil mudah dan berasa selesa walaupun kami beraksi di laman sendiri kerana aksi di tempat sendiri bukanlah satu jaminan untuk meraih kemenangan," katanya mengulas pertemuan menentang pasukan dari pantai timur itu.

Jelasnya, kejayaan Sang Kenari mengatasi Kelantan United dengan kemenangan tipis 2-3 di Kota Bharu pada pusingan pertama liga super perlu meletakkan pasukannya dalam keadaan berwaspada.

Iklan

Menurut Nafuzi lagi, pasukannya perlu mengelakkan keciciran mata penting kepada pasukan lawan dan meminta semua pemain berdisiplin sepanjang perlawanan berlangsung.

KDA FC kini berada di tangga keempat liga super dengan 31 mata selepas 16 perlawanan manakala Kelantan United di tangga ke-12 dengan tujuh mata.

Iklan