'Kita bukan batang pisang, lawan tetap lawan' - Mahdzir
Iklan
Mahfuz (tengah) bersama Mahdzir (kanan) pada sidang media di Alor Setar.
ALOR SETAR -"Dalam mana-mana sistem demokrasi pun, memang ada perang psikologi. Kita bukan batang pisang, lawan tetap lawan," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini yang meletakkan sasaran Perikatan Nasional (PN) mampu menawan 33 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) hanya menang tiga kerusi di negeri berkenaan.
Iklan
Iklan
Sebaliknya, Mahdzir yakin campuran undi PH dan BN akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Dalam masa sama, beliau menyifatkan kenyataan Muhammad Sanusi sebagai perang psikologi semata-mata untuk melemahkan pihak lawan.
Iklan
"Saya yakin walaupun kolaborasi PH-BN berusia lapan bulan, namun keyakinan saya tinggi sebab sudah ada penyesuaian di tiga tahap, iaitu peringkat nasional, negeri dan akar umbi yang dilihat harmoni dan serasi,” katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar di sini pada Khamis.
Menurutnya, kesemua 15 Parlimen juga telah menubuhkan jawatankuasa pilihan raya bersama untuk mengukuhkan gerakan sebagai satu pasukan menjelang PRN nanti.
Iklan
Sementara itu, Mahfuz berkata, sasaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dimenangi gabungan PH-BN Kedah dalam PRN disifatkan lebih realistik berbanding sasaran PN yang sekadar bombastik.
"Sasaran kami atas dasar realistik dan angka, mereka bercakap bahasa bombastik, itu bezanya.
"Kalau saya mahu bercakap bahasa bombastik, saya boleh kata, dalam tangan ada 26 kerusi, bermakna sudah menang dua per tiga,” katanya.
Mahfuz sebelum ini turut mengumumkan 16 kerusi sudah berada dalam tangan PH dan memerlukan tiga lagi kerusi untuk merampas Kedah daripada PN.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) juga menyangkal dakwaan Muhammad Sanusi bahawa PH hanya mampu menang tiga kerusi, sebaliknya percaya berlaku kemerosotan undi PN disebabkan perwatakan Muhammad Sanusi yang dilihat ‘melampau’.
"Pengundi yang waras sama ada di Kedah atau negeri lain tak akan terima lagi PN dengan ucapan Muhammad Sanusi yang memalukan, menghasut, menyentuh isu 3R (agama, kaum, institusi raja) malah memperlekehkan Sultan Selangor, perbuatan itu tidak boleh diterima.
"Saya terkejut kepimpinan ulama Pas masih meletakkan beliau ke hadapan untuk membuat kenyataan seumpama yang boleh cetuskan haru-biru dalam masyarakat,” ujarnya.
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com