PRN: Amanah Selangor bakal bertanding sembilan kerusi
Iklan
Izham - Foto Bernama
SHAH ALAM - Parti Amanah Selangor mengesahkan akan bertanding di sembilan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor bulan depan.
Pengerusinya, Izham Hashim berkata, parti itu akan mempertahankan DUN Sabak, Meru, Pandan Indah, Hulu Kelang, Morib, Seri Serdang, Sungai Ramal dan Taman Templer yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Iklan
Iklan
"Satu lagi kerusi adalah di Hulu Bernam, kami tukar dengan Barisan Nasional (BN) manakala kerusi Jeram mereka (BN) ambil,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di sini.
Mengulas mengenai calon Amanah Selangor, Izham berkata, senarai calon parti itu akan dimuktamadkan hari ini (13 Julai) oleh kepimpinan peringkat tertinggi Amanah.
Iklan
"Jawatankuasa calon dah selesai pilih (calon), esok dibawa ke peringkat tertinggi untuk mengesahkan nama-nama yang dicalonkan. Kami akan umum setelah selesai kelak.
"Calon-calon yang dipilih haruslah mempunyai kriteria yang ditetapkan seperti kelulusan akademik, pengalaman dalam politik, boleh bekerja dan berjawatan di dalam parti,” katanya sambil menambah, Amanah akan menampilkan kombinasi calon muka baharu dan lama, anak muda serta wanita.
Iklan
Mengenai persediaan parti itu menghadapi saingan daripada Perikatan Nasional (PN) di Selangor, beliau berkata, pihaknya percaya mampu mempertahankan sekurang-kurangnya lapan kerusi pada PRN kali ini.
"Kami dah perintah Selangor tiga penggal, kita boleh lihat stabil, makmur dan sejahteranya Selangor ini. Tiada sebab pengundi mahu membuat pertukaran.
"Pencapaian (Selangor) bagus, kami ada rekod yang sangat baik, program untuk rakyat daripada berbelas-belas (sebelum ini) sekarang ada 46 program untuk rakyat. Selain itu, kami tidak terlibat dengan skandal atau kes korup, curi duit rakyat,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan pembahagian kerusi di antara PH dan BN selesai dengan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi DUN akan diwakili BN manakala selebihnya akan ditandingi calon PH yang terdiri daripada parti PKR, DAP dan Amanah.
Pada PRU14, PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 kerusi, diikuti BN dan Pas masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
Kedudukan semasa kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH mempunyai 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala Pas, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.
Kerusi Batang Kali pula diisytiharkan kosong pada Februari lepas setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. - Bernama
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.