Perkelahan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas

Iklan
Suria KLCC menawarkan pengalaman ikonik di Malaysia dengan memberikan peluang kepada pelanggannya berkelah dengan berlatarbelakangkan landskap indah taman KLCC.

KUALA LUMPUR - Suria KLCC menawarkan pengalaman ikonik di Malaysia dengan memberikan peluang kepada pelanggannya berkelah dengan berlatar belakangkan landskap indah taman KLCC.

Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, aktiviti perkelahan eksklusif itu diadakan setiap Sabtu dan Ahad pada 7 sehingga 16 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas menerusi dua resit bermula 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk menebus pengalaman aktiviti Berkelah Dalam Taman itu.

"Ia terhad untuk empat orang bagi setiap kumpulan bagi setiap tebusan dan mereka berkelah dengan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas serta diiringi alunan muzik memukau di kawasan air pancut muzikal KLCC," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Aktiviti perkelahan eksklusif itu diadakan setiap Sabtu dan Ahad pada 7 sehingga 16 Julai lalu.

Iklan

Beliau berkata, sesi eksklusif itu terhad untuk 50 kumpulan dan mereka turut dihiburkan oleh ahli okestra dari Malaysian Philharmonic Orchestra.

Katanya, tetamu disajikan perkelahan mewah yang dilengkapi khemah, tikar dan dekorasi unik selain dihidangkan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh Burger & Lobster.

Iklan

"Kami amat teruja untuk melancarkan aktiviti perkelahan yang julung kali diadakan ini dengan tujuan untuk menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC," katanya.