PRN: Tarikh umum calon PH belum ditetapkan

Iklan
Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan beliau tidak menerima sebarang arahan daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penetapan tarikh pengumuman calon PH bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Menurutnya, tugas beliau lebih terarah kepada mempersiapkan dokumentasi untuk dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Iklan
Iklan

"Kebiasannya saya diberi makluman," katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Rabu.

Bagaimana pun beliau percaya pengumuman calon akan dibuat dalam masa terdekat.

Iklan

Pada Sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato Onn WTC pada Selasa, Anwar yang juga Perdana Menteri berseloroh PH akan mengumumkan calon sehari lebih awal daripada BN.

"Kalau BN sebut 21 Julai, saya ingat nak buat pada 20 Julai," katanya.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari mengundi serentak di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.

Sementara, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.