'Sebab Pas guna agama dalam politik' - Sanusi
Iklan
Muhammad Sanusi ketika siaran podcast Keluar Sekejap pada Selasa.
SHAH ALAM - Fahaman politik yang diperjuangkan oleh Pas tidak boleh dibandingkan dengan parti lain kerana mempunyai pemahaman berbeza.
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, Pas berada pada satu tahap yang lain kerana tidak hanya menguruskan kehidupan dunia malah akhirat.
Iklan
Iklan
Katanya, jika mahu bandingkan fahaman politik bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan ia tidak mencapai matlamat sama.
"Pas ini selain daripada politik, ia juga merupakan parti tarbiyah yang mendidik orang ramai selagi mana mereka tidak memahami makna sebenar politik Islam,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ yang mendakwa menjelangnya pilihan raya negeri (PRN), Pas hanya memainkan isu agama berbanding ekonomi, ringgit dan bursa menerusi siaran podcast Keluar Sekejap, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi memaklumkan, perkara yang dibawa oleh Pas adalah persediaan orang Islam selepas kematian.
Iklan
"Di kubur dan Padang Mahsyar akan ada timbangan dan soalan yang diajukan. Kalau bergantung kepada hak dunia seperti ringgit dan kos sara hidup, itu semua akan berakhir apabila mati.
"Semua tindakan dalam politik ini (Pas) akan ditanya dalam kubur mengenai tuhan, nabi dan ikutan,” ujarnya.
Tegas Muhammad Sanusi, Pas sama sekali berbeza dengan politik lain kerana ia menguruskan kehidupan dunia dan akhirat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>