Jepun keluar amaran strok haba pertama musim panas
Iklan
TOKYO - Amaran strok haba dikeluarkan untuk ibu negara Jepun, Tokyo serta wilayah Saitama, Chiba dan Ibaraki pada Isnin buat kali pertama musim ini ketika cuaca panas terik berlaku di wilayah Kanto dan Koshin.
Panas terik melanda kawasan itu pada Isnin, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) dengan suhu mencecah 35 darjah di tengah Tokyo juga yang pertama musim panas ini, lapor Xinhua.