NEGERI Sembilan FC mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan lain selepas tampil memperagakan permainan membanggakan biarpun tewas 0-2 kepada penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada Sabtu.
Malah, menurut pengendali skuad Rusa, K Devan, pasukan pelawat yang tampil fokus dan disiplin berjaya mengekang penguasaan JDT selain mampu menghadirkan beberapa percubaan terhadap pertahanan Harimau Selatan kendalian Estaban Scolari.