Kes tembak: Polis Kelantan panggil tujuh saksi
Iklan
KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah memanggil tujuh orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kes rumah dan kenderaan milik penjawat awam ditembak dalam kejadian di Kok Lanas pada Jumaat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tindakan itu bagi membolehkan pihaknya mengetahui motif sebenar kejadian.