Tidak tuntut dua kerusi DUN Selangor - Azhari
Iklan
Azhari
SHAH ALAM - UMNO Bahagian Shah Alam menerima keputusan pucuk pimpinan parti untuk tidak menuntut dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kota Anggerik dan Batu Tiga.
Memetik laporan UMNO Online, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, keputusan tersebut dibuat atas semangat Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, beliau terbuka menerima keputusan parti untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding bagi kedua-dua kerusi tersebut.
"Kita akan membantu kempen bagi individu yang bakal bertanding bagi kedua-dua DUN tersebut dan akan memastikan kerusi berkenaan dimenangi oleh calon Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional (BN) dan PH,” katanya.
Iklan
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN Kota Anggerik dimenangi oleh Najwan Halimi daripada Parti Keadilan Rakyat dengan meraih undi sebanyak 26,947 manakala Batu Tiga pula dimenangi oleh Rodziah Ismail daripada parti sama dengan jumlah undi 27,638.
Mengulas lanjut, Azhari turut berkata, Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam juga menitip pesanan supaya pihaknya terus berkempen bagi menarik sokongan ahli untuk mengundi calon Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Katanya, sebelum ini parti pernah bekerjasama dengan Pas untuk beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU14 dan mampu memenangi beberapa kerusi.
Jelasnya, beliau yakin gabungan bersama PH untuk mendepani PRN akan datang.
"Saya yakin ahli UMNO di Shah Alam dan di luar Parlimen ini bersikap inklusif dengan perjuangan parti dan akan memenangkan kawan yang sealiran dengannya,” kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>