Seminar Ayuh Bangkit cetus kebangkitan ekonomi Islam
Iklan
Shakirah berkongsi strategi pemasaran di medium Google kepada lebih 700 usahawan Ayuh Bangkit yang diadakan di Cyberjaya baru-baru ini.
LEBIH 700 peserta hadir pada seminar Ayuh Bangkit: Komuniti Membangunkan Usahawan Islam ke Arah Membina Kumpulan 1 Juta Jutawan Dermawan di Cyberjaya baru-baru ini.
Pengasas Brainy Bunch dan Raudhah City, Fadzil Mohd Hashim berkata, melalui program itu usahawan dibimbing mengenai kaedah mengurus strategi pemasaran.
Pada seminar itu, Fadzil turut berkongsi rahsia pemasaran Brainy Bunch yang kini mempunyai sebanyak 110 cawangan dengan 24 subsidiari bernilai RM200 Juta.
"Usahawan perlu bermula dengan ‘Endgame’ dan ‘personal financial target’. Dari situ baru kita boleh sasarkan berapa yang perlu diperoleh untuk perniagaan dan bina sasaran syarikat untuk 30 tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Program itu dikendalikan dengan dua segmen berbeza iaitu Penekanan Siri Strategi Pemasaran melalui atas talian dan offline yang disampaikan Fadzil bersama Pakar Google Malaysia, Shakirah Karim.
Sementara itu, Shakirah berkata, strategi pemasaran Google adalah kaedah mudah dan percuma, tetapi tidak diketahui oleh kebanyakan usahawan Bumiputera.
"Pada program ini, usahawan didedahkan bagaimana menampilkan diri di Google agar mudah ‘dijejaki’ pelanggan serta formula menganalisis jualan dan menukar prospek kepada pelanggan secara berstruktur,” katanya.
Tambah Fadzil, sebagai seorang Islam, usahawan itu bukan bergerak seorang diri.
"Kita gunakan konsep lidi. Kalau lidi itu sebatang kita memang cepat rapuh tapi kalau kita gabungkan kekuatan ramai-ramai, dia punya impak dan kekuatan yang luar biasa. Maksudnya kita lebih teguh bila bergerak sekali seiring, dan sama-sama akan mendapat manfaatnya,” katanya.
Ketika ini, hanya lapan peratus sektor runcit dimiliki syarikat Islam Bumiputera dari 40 sektor peruncitan yang dimiliki syarikat tempatan.
"InsyaALLAH dengan sokongan semua, seminar Ayuh Bangkit berhasrat membina kekuatan syarikat tempatan untuk menyumbang pada kekuatan ekonomi negara.
"Justeru, saya mengajak usahawan sertai Ayuh Bangkit di www.ayuhBangkit.com dan sertai Telegram Coach Fadzil di https://t.me/CoachFadzil," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>