Felda Maokil 1 menang RM1 juta

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2023 kepada Felda Maokil 1 Wilayah Segamat pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 yang diadakan di MAEPS pada Jumaat.

SERDANG - Felda Maokil 1 Wilayah Segamat memenangi RM1 juta menerusi Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2023, pada Jumaat.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Sambutan Hari Peneroka 2023 peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya 27 anugerah diberikan Felda, antaranya Anugerah Khas Juri; Anugerah Pengurusan Ladang Sawit Terbaik; Anugerah Teknologi dan Inovasi Terbaik dan Anugerah Ekopelancongan Terbaik.

Selain itu, Anugerah Warisan Terbaik; Anugerah Aktiviti Sukan Terbaik; Anugerah Pencapaian Hasil Terbaik Projek PPP 2022 (Badan dan Koperasi).

Iklan

Kesemua anugerah tersebut menerima RM10,000 bersama sijil.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Peneroka, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Felda baharu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berazam untuk menjadikan Felda antara jenama besar, boleh dipercayai dan dibanggakan oleh negara.

"Insya-ALLAH, semangat yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kami hayati dan laksanakan sebagai masyarakat yang mempunyai ketahanan yang hebat.

"Ini kerana ia adalah perjuangan yang memberikan perubahan besar kepada negara kita," katanya.