Peneroka usul empat permintaan tampung kebajikan warga Felda

Iklan
Sulong Jamil

SERDANG - Peneroka Felda mengusulkan kepada kerajaan agar menampung 50 peratus daripada kos keseluruhan bagi penanaman semula.

Itu salah satu daripada empat permintaan yang disuarakan oleh Ketua Peneroka Felda, Sulong Jamil Mohamed Shariff sewaktu ucapan pembukaan sempena sambutan Hari Peneroka Felda pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kos penanaman semula sangat tinggi dan meminta pihak kerajaan untuk meluluskan bantuan berkenaan bagi meringankan beban peneroka Felda.

Pada masa sama, beliau turut menyuarakan hak kesamarataan mengenai pembayaran bil dan naik taraf semua lampu jalan di dalam kawasan Felda.

Iklan

"Kami memohon lampu jalan di kawasan perkampungan Felda dibekalkan secukupnya sekali gus membantu menampung kos utiliti.

"Sehingga kini ia ditanggung oleh beberapa badan peneroka antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi berbeza bagi kampung tradisional kerana ditanggung oleh Kementerian Luar Bandar," jelasnya.

Iklan

Tambah Sulong Jamil, bantuan tanam semula getah (SES) diminta untuk meneruskan semula bagi membantu warga Felda.

"Ia diperlukan untuk menanggung kos keseluruhan, sama ada tanaman dari getah ke getah atau getah ke kelapa sawit.

"Pada masa masa sama, kita juga minta kerajaan ubah satu undang-undang baharu bagi memastikan tanah kosong sedia ada dapat diberikan kepada generasi baharu Felda tanpa disekat oleh Akta Tanah Negara termasuklah dalam proses pembinaan rumah kedua," ujarnya.