RM26.5 juta naik taraf sekolah di Selangor
Iklan
Amirudin (tengah) bersama wakil penerima bantuan sekolah negeri Selangor pada majlis diadakan di Pusat Konvensyen MBSA pada Jumaat.
SHAH ALAM - Sebanyak RM26.5 juta disalurkan menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor kepada 988 buah sekolah di Selangor pada tahun ini.
Inisiatif kerajaan negeri ini adalah untuk membaikpulih infrastruktur sekolah, menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran selesa bagi guru dan murid.
Iklan
Iklan
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, secara keseluruhannya sebanyak RM260 juta diperuntukkan untuk sekolah-sekolah di negeri itu sejak 2009.
"RM260 juta telah kita peruntukan untuk bantuan sekolah iaitu bermula 2009 sekitar RM6.4 juta dan hari ini telah meningkat menjadi RM26.5 juta.
Iklan
"Peningkatan itu ditumpukan untuk membantu sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan walaupun ia di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13 di sini pada Jumaat.
Iklan
Sebanyak enam kategori sekolah diberikan bantuan iaitu Sekolah Agama Rakyat (RM11 juta), sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan (RM1.5 juta).
Turut menerima bantuan ialah sekolah jenis kebangsaan Cina (RM6 juta), sekolah jenis kebangsaan Tamil (RM5 juta), sekolah menengah persendirian Cina (RM2 juta), sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh (RM1.5 juta).
Menteri Besar berkata, fasiliti dan keperluan sekolah di Selangor akan terus dilengkapi agar dapat melahirkan dan mendorong anak- anak Selangor maju sebagai generasi berwawasan dan berdaya saing.
"Mereka (juga) terlibat untuk menghantar pelajar dalam beberapa aktiviti yang bermakna kepada sekolah dan sebagainya dan permohonan itu dibuat dan kita akan adakan," tambahnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>