Ringgit ditutup rendah
Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh susulan minit mesyuarat terbaharu daripada mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) membayangkan kemungkinan kenaikan lagi kadar faedah di negara itu.
Pada jam 6 petang, unit tempatan menyusut kepada 4.6580/6630 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6485/6555 pada Rabu.
Iklan
Iklan
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, minit mesyuarat dasar Fed memberi penekanan kepada kenaikan kadar yang mana menjadi pemangkin kepada pengukuhan seterusnya dolar AS.
Sementara itu, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Iklan
Bank pusat berkata, ekonomi Malaysia terus berkembang apabila pendapatan dan pekerjaan kekal positif dan akan terus menyokong perbelanjaan isi rumah.
Innes berkata, memandangkan BNM mengekalkan kadar menjelang jangkaan pengumuman kenaikan kadar oleh Fed pada Julai ini, ia meluaskan jangkaan kadar faedah antara dolar AS dan ringgit.
Iklan
"Ujian utama seterusnya bagi ringgit adalah data senarai gaji bukan ladang AS yang dijadual diumumkan pada Jumaat, terutamanya dalam suasana dasar AS yang reaktif,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali berbanding euro yang mana ia meningkat kepada 5.0600/0654 daripada paras penutup 5.0641/0717 pada Rabu.
Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2323/2359 daripada 3.2221/2272 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.9310/9374 daripada 5.9101/9190.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean lain.
Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2881/3088 daripada 13.3237/3510 pada Rabu dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 309.3/309.8 daripada 309.4/310.1.
Bagaimanapun ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4458/4497 daripada 3.4380/4437 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.39/8.40 daripada 8.39/8.41. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>