Kokain ditemukan di kemudahan penyimpanan Rumah Putih

Iklan
Serbuk putih yang dijumpai di Rumah Putih pada petang Ahad lalu mencetuskan tindakan penutupan sementara. - Foto AFP

WASHINGTON - Hasil pemeriksaan mendapati serbuk putih yang dijumpai di Rumah Putih pada minggu lalu, ditemukan di kemudahan penyimpanan di ruang kerja yang digunakan oleh kakitangan dan tetamu Rumah Putih untuk menyimpan telefon bimbit, menurut CBS News, memetik pegawai kanan penguatkuasa undang-undang, lapor Sputnik.

Perkhidmatan Rahsia akan memeriksa kamera serta log masuk bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai akses ke ruang itu, menurut laporan itu pada Selasa.

Iklan
Iklan

Satu bahan yang mencurigakan ditemukan di Rumah Putih pada petang Ahad, mencetuskan penutupan sementara.

Serbuk putih itu diuji positif kokain dalam ujian awal, lapor media. - Bernama- Sputnik

Iklan
Iklan