Sensasi Djokovic raih kemenangan ke-350

Iklan
Djokovic - Foto EPA

PEMAIN tenis sensasi, Novak Djokovic berada dalam kelas tersendiri apabila kemenangan Grand Slam ke-350 selepas mengalahkan pemain Australia, Jordan Thompson di Wimbledon, awal pagi Rabu.

Kemenangan tersebut bagaimanapun bukan diraih dengan mudah apabila juara bertahan itu diberi tentangan sengit oleh Thompson.

Iklan
Iklan

Pengalaman berpihak Djokovic yang tenang berdepan saingan lawan sehingga detik-detik genting sebelum melakar kemenangan mutlak 6-3 7-6(4) 7-5 untuk mara ke pusingan ketiga.

"Sudah pasti dia juga patut mendapat tepukan gemuruh,” kata Djokovic.

Iklan

Kemenangan itu membolehkan Djokovic menyamai rekod Roger Federer dan Serena Williams sebagai pemain yang mencapai 350 kemenangan di Grand Slam.

Bagaimanapun kelebihan dilihat berpihak kepada pemain berusia 36 tahun itu yang berpeluang meraih lebih banyak kejayaan selepas ini.

Iklan

Kemenangan itu juga menyuntik semangat Djokovic yang menyasarkan kejuaraan Grand Slam ke-24 untuk menyamai rekod sepanjang zaman Margaret Court.