PRN: Tiket bas balik Kelantan habis terjual
Iklan
Mohd Syahir semasa berucap pada Ceramah Ppkat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Bachok pada malam Rabu.
BACHOK - Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mendakwa jualan tiket bas secara dalam talian untuk pulang ke negeri ini sudah kehabisan sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 12 Ogos sebagai hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau berkata, pembelian itu memberi isyarat gelombang anak perantauan mahu pulang mengundi cukup tinggi.
Iklan
Iklan
"Sebaik sahaja SPR umum tarikh, anak-anak Kelantan di perantauan sudah bising.
"Situasi itu membuatkan kita (Pas) rasa teruja," katanya semasa berucap pada Ceramah Ppkat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Bachok pada malam Rabu.
Iklan
Menurut beliau, tiket kapal terbang pula bukan calang-calang menjelang PRN itu nanti.
Ujarnya, difahamkan tiket tersebut mencecah harga kayangan di mana pergi balik hampir RM1,000 seorang.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>