Akta Racun 1952: KKM dicadang tidak lakukan sebarang rayuan

Iklan
Dr Murallitharan Munisamy

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) dicadangkan tidak melakukan apa-apa rayuan terhadap prosiding semakan kehakiman di mahkamah susulan pengecualian gel nikotin dalam Akta Racun 1952.

Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) bersama Pertubuhan Green Lung Malaysia (GLMA) dan Voice of Children (VOC) menegaskan tindakan yang dibuat terhadap Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sebagai responden tidak mempunyai sebarang motif dendam.

Iklan
Iklan

Pengerusi MCTC, Dr Murallitharan Munisamy berkata, alternatif tersebut dilaksanakan selepas melihat KKM sebagai pembuat dasar boleh bertindak sewajarnya, namun mereka mungkin dihalang daripada berbuat demikian disebabkan kekangan daripada pelbagai pihak.

"KKM boleh bertindak sebagai pembuat dasar, namun terdapat kemungkinan mereka dihalang daripada berbuat demikian,” katanya ketika sidang akhbar MCTC di Royal Lake Club pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, kerajaan perlu mengembalikan cecair nikotin dalam senarai racun bagi mengatasi masalah ketagihan bahan tersebut khususnya kanak-kanak dan golongan muda.

Tambah beliau, ahli-ahli MCTC konsisten dalam mempromosikan kawalan tembakau untuk kesihatan dan keselamatan awam sejak beberapa dekad yang lalu.

Iklan

Tambahnya, pihak advokasi kesihatan sangat neutral dan menyokong agenda yang baik untuk rakyat.

"Setakat ini kita tidak mempunyai sebarang agenda politik dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau individu,” katanya.