Mayat terapung dalam lombong
Iklan
Pasukan penyelamat membantu mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui terapung di dalam sebuah lombong di Taman Rasi Jaya, Menglembu di sini pada Selasa.
IPOH - [DIKEMASKINI] Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam sebuah lombong di Taman Rasi Jaya, Menglembu di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa ditemui oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis kira-kira jam 9.45 pagi memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mayat tersebut terapung di atas air pada jarak lebih kurang 10 meter dari tebing lombong tersebut.
"Hasil pemeriksaan terhadap tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan jenayah. Pihak polis turut menemui kad pengenalan mangsa di dalam poket seluar bahagian kanan yang dipakai.
Iklan
"Semakan dengan abang mangsa mendapati lelaki tersebut masih bujang dan merupakan seorang pesakit mental," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Yahaya berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 55 tahun itu tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya serta adiknya di Kampung Baru Buntong di sini.
Iklan
Menurutnya, pasukan penyiasat juga turut menjumpai sebuah motosikal Honda EX5 yang didaftarkan atas nama mangsa dan sepasang selipar di tepi tebing lombong disyaki milik mangsa.
Katanya, operasi mengeluarkan mayat mangsa turut dibantu pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, Yahaya berkata, keputusan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder"><meta itemprop="description" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesmenyamarpenjawatawam #PDRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-29T06:50:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrxgfm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrxgfm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrxgfm"></script>