UMNO Melaka bantu PRN Negeri Sembilan

Iklan
Ab Rauf

MELAKA - UMNO Melaka bersedia memberikan bantuan jentera pilihan raya kepada Negeri Sembilan dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan diberikan bantuan terutama lokasi sempadan di antara Melaka dengan Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, bantuan itu akan diberikan mengikut Parlimen dalam negeri itu seperti Parlimen Rembau, Parlimen Tampin dan Parlimen Port Dickson (PD).

"Saya tak dapat maklumat terperinci kerusi DUN berapa, tapi kita akan jaga kawasan-kawasan sempadan iaitu Rembau, Tampin, Gemenceh Linggi, PD, Teluk Kemang dan Seremban," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan lokasi pelaksanaan inisiatif 'No Right Turn' dan keadaan trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) di sini, pada Selasa.

Ab Rauf ketika melihat keadaan aliran trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh SPA di sini, pada Selasa.

Beliau yang juga Ketua Menteri, berkata, Melaka akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti bagi melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti pada sidang DUN yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Iklan

Ujar beliau, keputusan itu selari dengan tindakan Dewan Rakyat di peringkat Parlimen yang telah meluluskan RUU itu pada Julai tahun lalu.

"Kita akan membentangkan Akta (Anti) Lompat Parti seperti mana yang telah diputuskan di peringkat Parlimen dan pucuk pimpinan parti, seperti sebelum ini.

"Melaka pun kita akan ambil langkah sama untuk RUU itu dibentangkan dalam sidang DUN akan datang," katanya lagi.