Ahli perniagaan dipenjara 1,155 tahun

Iklan
Prasit Jeowkok (tengah) disabit bersalah kesemua 321 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. - Foto Agensi

BANGKOK - Mahkamah Jenayah Thailand pada Isnin menjatuhkan hukuman keseluruhan 1,155 tahun penjara ke atas seorang ahli perniagaan kerana mendalangi skim pelaburan yang tidak wujud.

Prasit Jeowkok, 52, turut diarah membayar ganti rugi 1 bilion baht (RM132 juta) kepada semua mangsanya.

Iklan
Iklan

Lapor Bangkok Post, Prasit dan dua lagi defendan memujuk orang ramai supaya melabur dalam perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Kesemua mereka aktif menipu mangsa di dalam talian sekitar 2020 dan 2021.

Iklan

Hukuman ke atas Prasit diputuskan selepas dia disabit bersalah terhadap kesemua 321 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, berdasarkan had hukuman, Prasit sekadar perlu meringkuk selama 20 tahun di dalam penjara.

Iklan

Ahli perniagaan itu menyerah diri pada Mei 2021 dan ditahan di Penjara Bang Kwang, Nonthaburi.

Dia pernah cuba melarikan diri semasa dihadapkan ke Mahkamah Jenayah pada Disember lalu. - Agensi