Peruntukan Belanjawan 2019 Kementah ditambah
Iklan
KUALA LUMPUR – Peruntukan Belanjawan 2019 bagi Kementerian Pertahanan kini berjumlah RM15.37 billion, selepas Kementerian Kewangan menyalur peruntukan tambahan di bawah Belanjawan Mengurus sebanyak RM1.45 bilion.
Menurut kenyataan Jabatan Penerangan hari ini, pertambahan peruntukan ini sepertimana diumum Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada 19 November lepas.