Mesyuarat Khas PRN Rabu ini

Iklan
Mesyuarat Khas PRN Rabu ini

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas berhubung pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan Rabu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu bakal menetapkan tarikh penting seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, pengundian, daftar pemilih dan lain-lain persiapan bagi pelaksanaan pilihan raya.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Ikmalrudin turut memaklumkan SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada speaker masing-masing.

Terdahulu, Kelantan membubarkan DUN pada 22 Jun lalu diikuti Selangor sehari selepas itu manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing 28 Jun.

Iklan

Negeri Sembilan pula menjadi negeri terakhir membubarkan DUN iaitu pada Sabtu lalu.

Iklan