Rewang Ibadah Korban@Karangkraf meriah

Iklan
Suasana sempena program Rewang Ibadah Korban@Karangkraf pada Ahad. - FOTO ROSLI TALIB

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Kumpulan Karangkraf mengadakan program Rewang Ibadah Korban@Karangkraf yang diadakan di pekarangan ibu pejabatnya di Seksyen 15 pada Ahad.

Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khasnya, Hashim Anang berkata, kebiasaannya program diadakan selepas solat sunat hari raya, namun kali ini ia diadakan pada hari keempat Hari Raya Haji.

Iklan
Iklan

"Tujuan utama kita adakan adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan yang pulang ke kampung berhari raya hadir bergotong-royong, melapah dan menyediakan hidangan pada program kali ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Hussamuddin turut bersama menyerahkan agihan daging kepada petugas dan kakitangan yang hadir. - FOTO ROSLI TALIB

Turut hadir Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin,

Iklan

Jelas Hashim, sebanyak enam ekor lembu terlibat pada tahun ini.

Sebahagian daging dimasak untuk dijadikan hidangkan makan tengah hari. - FOTO ROSLI TALIB

"Kita ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari kerana menyumbang dua ekor lembu, manakala empat ekor lagi adalah sumbangan pengurusan Karangkraf dan penyertaan korban oleh kakitangan,” katanya.

Iklan

Selain kakitangan Kumpulan Karangkraf, program Rewang Ibadah Korban@Karangkraf tahun ini turut mendapat kerjasama dari jemaah Surau Hamideen Seksyen 19, Jabatan Penjara, Parol Daerah Klang dan Grup Sahabah al Quran My #QuranTime.

Akmal Eirfan mengagihkan daging kepada petugas yang hadir. - FOTO ROSLI TALIB