Israel lancar serangan udara di wilayah Homs, Syria

Iklan
Israel melancarkan serangan udara di wilayah Homs, barat Syria. - Foto AFP

ANKARA - Israel melancarkan serangan udara di wilayah Homs, barat Syria, Agensi Anadolu memetik agensi berita Syria SANA.

Laporan itu memetik sumber tentera, mendakwa beberapa lokasi di sekitar bandar Homs menjadi sasaran serangan udara Israel pada 00.20 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

"Sistem pertahanan udara kami berjaya memintas peluru berpandu musuh. Serangan itu hanya mengakibatkan kerosakan material," menurut agensi itu.

Israel telah melancarkan serangan udara ke atas tapak tentera rejim dan kumpulan yang disokong Iran sejak permulaan perang saudara Syria pada 2011. - Bernama-Anadolu

Iklan
Iklan