SPRM tahan tiga anggota penguat kuasa disyaki terima rasuah
Iklan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada seorang pemandu lori.
Menurut sumber, pemandu lori berkenaan mendakwa ketiga-tiga suspek lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jabatan telah meminta wang rasuah sebagai balasan untuk dilepaskan daripada disaman.