Pemandu lori maut dihempap mampatan kertas kitar semula

Iklan
Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengarahkan sebuah kilang di Bukit Minyak di sini menghentikan kerja-kerja memunggah mampatan kertas kitar semula susulan seorang pemandu lori maut dihempap mampatan itu, Isnin lepas.

Pengarah jabatan berkenaan, Hairozie Asri berkata, dalam kejadian jam 7.45 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas dihempap mampatan kertas kitar semula dianggarkan seberat 600 kilogram (kg).

Iklan
Iklan

"Ketika sampai di kilang itu mangsa membuka pintu kontena terlebih dahulu dan membuka lampu belakang lori, semasa membuka lampu lori mampatan kertas kitar semula berat kira-kira 600 kg jatuh sebelum menimpa lelaki itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Berikutan itu, pihaknya mengeluarkan notis larangan bagi menghentikan kerja-kerja memunggah set kertas kitar semula di kilang tersebut serta-merta sehingga siasatan selesai.

Katanya JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Iklan