Notis penganjur Himpunan Kedaulatan Ummah tidak lengkap

Iklan
Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang berlangsung di ibu negara.- Foto: Zahid Izzani

KUALA LUMPUR - Notis penganjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang berlangsung di ibu negara di sini hari ini tidak lengkap.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, ia berpunca daripada penganjur iaitu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) gagal mengemukakan notis kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Iklan
Iklan

"Polis ada menerima notis pemberitahuan daripada penganjur namun terdapat beberapa dokumen yang perlu dilampirkan bersama notis tersebut seperti kebenaran daripada DBKL sebagai tuan punya tempat atau jalan selain notis pemakluman di bawah Seksyen 9 dipenuhi tetapi prosedur sepenuhnya tidak lengkap dan menjadikan notis itu cacat.

"Oleh itu, kita akan jalankan siasatan lanjut dan kita akan panggil penganjur sekiranya perlu" katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Iklan

Katanya, pada masa ini phaknya meneliti dan ambil kira maklum balas mengenai himpunan ini, selain mengkaji semula ucapan yang telah disampaikan.

"Sebaik segala penelitian selesai dijalankan, pihaknya akan mengenalpasti segala isu berbangkit selain mengesan kesalahan ketika himpunan berlangsung sekiranya ada," katanya.

Iklan

Mohd Fahmi menambah, sepanjang tempoh himpunan berkenaan seramai 600 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk memantau keselamatan.