BANDAR Jeddah, Arab Saudi dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023 yang akan berlangsung hujung tahun ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Isnin.
Iklan
Iklan
Keputusan itu dibuat susulan lawatan delegasi FIFA ke Jeddah minggu lalu untuk menilai persiapan menjelang kejohanan tersebut.
Kejohanan itu yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 22 Disember akan diadakan di Arab Saudi buat kali pertama.
Ia seperti yang diumumkan sebelum ini pada Februari.
Piala Dunia Kelab edisi 2023 akan menjadi yang terakhir dalam format semasa.
Pertandingan tahunan dengan tujuh pasukan - akan dihentikan sebelum ditambah kepada 32 pasukan yang kali pertama diadakan di Amerika Syarikat pada 2025.