PRN: Muda anjur 'town hall' perjelas sebab bergerak solo
Iklan
SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan menganjurkan program Townhall secara dalam talian pada malam ini bagi menerangkan matlamat mereka kepada orang ramai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Insya-ALLAH malam ini saya akan kongsikan kenapa Muda di PRN dan apa haluan Muda,” kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.