Magnet kelab Arab Saudi kian kuat

Iklan
Koulibaly menyertai kelab Al-Hilal. Foto Agensi.

LAMBAIAN Arab Saudi seakan sukar dibendung apabila pemain Chelsea, Kalidou Koulibaly menjadi bintang terbaharu menyertai kelab Al-Hilal.

Kapten Senegal itu menyertai The Blues dari Napoli pada tahun lalu dengan nilai 33 juta pound (RM196.3 juta).

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pemain berusia 32 tahun itu bergelut di Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Chelsea menduduki tempat ke-12 pengakhiran terendah sejak 1994.

"Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Kalidou atas sumbangannya di dalam dan luar padang sepanjang berada di Stamford Bridge.

Iklan

"Selamat maju jaya dalam kariernya selepas ini," kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Liga Pro Saudi berjaya memikat nama besar dari liga utama Eropah dengan menjanjikan gaji lumayan menerusi sokongan yang diberikan oleh dana kekayaan negara itu.

Iklan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Al Nassr pada Januari lalu, memulakan trend tersebut.

Bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Karim Benzema dan pemenang Piala Dunia Perancis, N'Golo Kante dari Chelsea menyertai Al-Ittihad baru-baru ini.