Dua premis judi dalam talian diserbu, 13 warga asing ditahan
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 13 individu termasuk lima wanita ditahan secara berasingan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mengurus dan mempromosikan perjudian dalam talian di Jalan Kuchai Lama di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Amihizam Abdul Shukor berkata, sepasukan anggota dan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Brickfields telah membuat serbuan secara berasingan di dua buah premis perjudian.