Pertahankan PN untuk teruskan The Greater Kedah - Sanusi

Iklan
Orang ramai yang hadir pada Himpunan Kedah Berselawat Berbusana di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada malam Sabtu. (Gambar kecil: Muhammad Sanusi. - Foto UPDA)

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Perikatan Nasional (PN) perlu dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk meneruskan program yang direncanakan bagi merealisasikan The Greater Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sekurang-kurangnya 10 tahun tempoh diperlukan oleh kerajaan negeri untuk menjayakan perkara tersebut bagi mengangkat Kedah menjadi sebuah negeri yang berdaya maju.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat memberikan tumpuan yang penuh untuk merampas Kedah pada PRN bakal diadakan tidak lama lagi.

"Untuk para petugas, para pemuda mari kita bersungguh-sungguh bekerja untuk pastikan kubu kita tidak tembus dari sisi yang dijaga oleh kita. Kubu kita sentiasa kukuh dan utuh di mana kita berada, dengan demikianlah kedudukan kita di Kedah ini tidak mampu digugat oleh sesiapa.

Iklan

"Memang mereka (PH-BN) beri tumpuan yang penuh, beri tumpuan yang lebih untuk merampas negeri ini kerana mereka sudah tahu betapa agungnya sejarah negeri ini dan betapa hebatnya negeri ini boleh pergi pada masa hadapan.

"Begitu banyak program kita susun untuk faedah negeri dan rakyat. Kita akan pastikan program ini dapat dilaksanakan bersungguh-sungguh, kita tidak perlu masa 20 hingga 30 tahun, sekurang-kurangnya kita perlu 10 tahun sahaja untuk kita bangkitkan sekali lagi The Greater Kedah," katanya pada malam Sabtu.

Iklan
Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai Himpunan Kedah Berselawat Berbusana di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada malam Sabtu. - Foto UPDA

Beliau berucap demikian pada Himpunan Kedah Berselawat Berbusana yang dihadiri lebih kurang 15,000 rakyat di Stadium Darul Aman, dekat sini.

Dalam perkembangan sama Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, rakyat di negeri ini juga diharapkan akan bersama untuk membantu merealisasikan The Greater Kedah.

Menurutnya, rakyat juga diminta tidak terpengaruh dengan kempen 'Kalih Bagi Sama' yang digerakkan oleh PH-BN di negeri ini dengan mendakwa pemerintahan sama negeri dan Persekutuan barulah keadilan akan berlaku.

"Untuk mencapai cita-cita besar kita, (perlu) melaksanakan cita-cita ini (perlu ada) ketahanan, kesungguhan, iltizam, semangat, kepandaian, keberanian dan kepetahan," ujar beliau lagi.

Jelasnya, beliau tidak dapat mengelak daripada bercakap tentang PRN kerana Kedah menjadi sasaran besar oleh lawan untuk ditumbangkan selepas bercakap benar tentang hakikat apa yang berlaku tanpa rasa gentar dan tanpa rasa takut kepada sesiapa.

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: DUN Kedah dibubar Rabu ini

Sanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN