Bot persiaran ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Iklan
Bot persiaran yang ditahan berlabuh tanpa kebenaran di Pulau Tengah, Mersing.- Foto Maritim Malaysia

MERSING - Sebuah bot persiaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Mersing kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.3 batu nautika barat laut Pulau Tengah dekat sini petang Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Komander Maritim, Suhaizan Saadin berkata, kapal berkenaan ditahan pasukan operasi pada jam 5.15 petang ketika melakukan rondaan rutin Op Jaksa dan Op Tiris.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati bot persiaran yang didaftarkan di New Zealand itu dikendalikan pasangan suami isteri warga Australia dan New Zealand.

"Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda bot tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan tidak memaklumkan ketibaan di perairan negera serta didapati bersauh di dalam kawasan taman laut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, bot serta kru ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk siasatan lanjut.

"Kesemua kru dan bot ditahan mengikut Seksyen 491B(1(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran.

Iklan

"Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang Persekutuan di Zon Maritim Malaysia," ujarnya.