Natasha Hudson kongsi wajah suami baharu

Iklan
e66

TIADA angin tiada ribut, pelakon Natasha Hudson tampil mendedahkan wajah suami baharu di Instagramnya, hari ini.

Ibarat duduk berdua di atas pelamin, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.

Iklan
Iklan

"Doakan yang baik-baik sahaja," ungkapnya ringkas.

Sementelah itu, Natasha turut menyertakan petikan ayat Quran surah Ar-Ra'd.

e66

Iklan

Untuk rekod, pada perkahwinan ketiga sebelum ini dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Manakala perkahwinan kedua, Natasha mendirikan rumah tangga pada 15 April 2012 bersama Mohd Faiz Mohd Raih dan bercerai selepas empat bulan.

Iklan

Kemudian, perkahwinan pertama pada 2007 bersama Datuk Shahrin Zahari hanya bertahan selama dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata, Neesa Helena.

Di ruang komen Natasha, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkahwinan terkini.