Raja Muda Perlis santuni penyokong MU

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin bergambar bersama penyokong MU.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri majlis ‘United Red Army Charity Gala Dinner in aid of Man Utd Foundation’ yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis makan malam amal terbabit turut menghimpunkan hampir 500 penyokong kelab bola sepak tersohor Liga Perdana Inggeris Manchester United (MU) yang datang dari seluruh pelusuk negara ini termasuk Thailand serta Singapura.

Iklan
Iklan

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Presiden Red Army Malaysia, Datuk Rosthman Ibrahim.

Hadir sama ialah bekas pemain pertahanan kelab The Red Devils dan England, Wes Brown, bekas pemain penyerang Harimau Malaya, Datuk Hassan Sani dan Shahril Arsat serta aktor Keith Foo.

Iklan

Dalam majlis berkenaan, hadirin dihiburkan oleh artis tanah air iaitu Lola (XPDC) dan Uchop.

10 orang yang hadir turut menerima cabutan bertuah istimewa untuk ke Stadium Old Trafford di Manchester bagi menonton satu perlawanan yang akan dimaklumkan kemudian.

Iklan

Turut diadakan ialah lelongan jersi-jersi dan bola yang ditandatangani oleh pemain-pemain dan juga bekas pemain terkenal dari Manchester United termasuk Eric Cantona dan Phil Jones.

Terdahulu pada sebelah siangnya, 20 pasukan berentap dalam satu pertandingan bola sepak bersempena program yang sama.

Hasil daripada majlis tersebut akan diserahkan kepada pihak UNICEF melalui kelab Manchester United pada salah satu perlawanan di ‘The Theatre of Dreams’ yang akan ditetapkan kemudian pada musim hadapan.