Buruh binaan warga asing maut

Iklan
Anggota bomba melakukan kerja menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan.- Foto: IPD Iskandar Puteri

JOHOR BAHRU - Seorang buruh binaan warga asing maut selepas lori dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik dalam kejadian di Tanjung Kupang dekat Gelang Patah, hari ini.

Mangsa yang maut berusia lingkungan 30an meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 2.05 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan air dipandu menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) hilang kawalan semasa melalui susur selekoh.

Iklan

"Lori yang dipandu terbabas dan terbalik di bahu kanan jalan. Akibat daripada kemalangan itu, mangsa warga asing terbabit dan dua lagi telah tersepit di dalam lori.

"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba yang datang selepas kemalangan berlaku. Dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan," katanya di sini hari ini.

Iklan

Dzulkhairi berkata, mangsa warga asing terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala setelah diperiksa pegawai perubatan.

Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keadaan lori yang terbalik di susur selekoh dekat Tanjung Kupang. - Foto: IPD Iskandar Puteri

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penolong Penguasa Bomba, Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian sekitar jam 12.08 tengah hari tadi.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori yang terbabas dan terbalik. Terdapat mangsa yang tersepit.

"Mangsa telah dikeluarkan oleh pihak bomba dan terdapat mangsa yang cedera serta meninggal dunia," katanya.