Letupan di restoran barbeku di China ragut 31 nyawa

Iklan
Seramai 31 orang terbunuh manakala 38 lagi cedera dalam kejadian letupan di restoran barbeku di Yinchuan, dekat Wilayah Autonomi Ningxia Hui pada Rabu. - Gambar hiasan - Foto 123RF

YINCHUAN - Seramai 31 orang terbunuh manakala 38 lagi cedera dalam kejadian letupan di restoran barbeku di Yinchuan, dekat Wilayah Autonomi Ningxia Hui pada Rabu, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku pukul 9 malam di jalan yang sibuk di daerah Xingqing.

Iklan
Iklan

Usaha menyelamat sedang dijalankan dan letupan itu dipercayai akibat kebocoran gas petroleum cecair dari kawasan operasi restoran.

Menurut pihak jawatankuasa wilayah itu, seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan kritikal. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan