Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

KAJANG - Dua individu yang dipercayai mengakibatkan seorang lelaki cedera dipukul di sebuah kedai serbaneka di Semenyih diberkas polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua suspek merupakan lelaki warga tempatan.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua suspek berumur 31 dan 32 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat(D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.

"Tangkapan yang dijalankan kira-kira jam 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari itu turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod melibatkan kes jenayah dan dadah.

Pada Selasa, pekerja sebuah kedai serbaneka di Semenyih cedera dipukul dalam kejadian pada Selasa.

Iklan

Mangsa dipukul kerana mendakwa suspek bertindak mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat sebarang bayaran.

Mangsa yang mengalami kecederaan di muka mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.