Gotong-Royong Perdana Pembersihan Pantai

Iklan
Petugas dan peserta melakukan timbangan hasil sampah yang berjaya dikutip pada Program Gotong-Royong Perdana Pembersihan Pantai sempena Hari Laut Sedunia 2023 di kawasan pesisir pantai Taman Laut, Pulau Ruskan Besar.

Program anjuran Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan itu melibatkan seramai 120 peserta daripada pelbagai agensi awam, swasta, NGO, operator pelancongan dan sukarelawan.

Sebanyak 315 kilogram sampah domestik seperti bekas dan botol plastik berjaya dikutip pada program kali ini.