Shaw pujuk Kane, Rice sertai United

Iklan
Shaw (kanan) berharap Kane (kiri) dan Rice menyertai United pada musim baharu ini. - Foto Agensi

PEMAIN berpengalaman, Luke Shaw mempelawa rakan sepasukannya di kem England iaitu Harry Kane dan Declan Rice untuk berhijrah ke Manchester United pada musim panas ini.

Selepas meneruskan rentak kemenangan dalam kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Malta 4-0 pada Ahad, skuad bimbingan Gareth Southgate bersedia ke Carrington menjelang aksi menentang Macedonia Utara.

Iklan
Iklan

Shaw membuat catatan di Instagram berserta foto di pangkalan latihan United, Old Trafford, sambil berdiri bersebelahan Kane dan Rice menerusi kapsyen 'menjelajah Carrington' disertai emoji mata.

Pujukan itu susulan masa depan tidak menentu yang menyelubungi penyerang Tottenham Hotspur dan kapten West Ham itu.

Iklan

"Ia biasanya tidak dibincangkan tetapi saya melakukannya memandang terdapat banyak cakap-cakap dan gurauan mengenainya (perpindahan) musim ini," katanya.

Shaw turut menyifatkan Kane dan Rice sebagai pemain bertaraf dunia dan Red Devils merupakan destinasi terbaik buat mereka.

Iklan

"Saya beritahu mereka betapa bagusnya Manchester kerana saya tahu kualiti mereka.

"Saya tahu mereka adalah pemain bertaraf dunia dan mereka akan memberikan sumbangan besar tetapi saya hanya boleh bercakap sahaja.

"Terpulang kepada kelab dan apa sahaja keputusan mereka, jadi kami perlu terus melangkah ke depan,” ujar Shaw.