200 rider dapat servis motosikal percuma

Iklan
Sebahagian daripada 200 rider p-hailing yang menerima manfaat servis motosikal percuma anjuran Persatuan Pengguna Komunikasi Media pada Sabtu.

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Seramai 200 orang rider p-hailing menerima manfaat servis motosikal percuma anjuran Persatuan Pengguna Komunikasi Media.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sungai Buloh, Aidi Amin Yazid berkata, program yang mendapat sokongan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh di bawah Masyarakat Prihatin Malaysia Madani antara lainnya mahu mengurangkan beban rakyat yang menjadi rider penghantar.

Iklan
Iklan

Aidi berkata, selain merapatkan silaturrahim, pihaknya turut mendengar keluh kesah dan isu berbangkit melibatkan rider penghantar.

"Mereka merupakan wira tak didendang dalam memastikan kemudahan dan keselesaan masyarakat terjamin dengan memberikan servis perkhidmatan oleh pelanggan masing-masing,” ujarnya.

Iklan
Sebahagian daripada 200 rider p-hailing yang menerima manfaat servis motosikal percuma anjuran Persatuan Pengguna Komunikasi Media pada Sabtu.

Tambahnya lagi, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh sentiasa membuka peluang kepada kelab dan persatuan yang terdiri daripada anak muda untuk mengadakan program bermanfaat sebegini.

"Semangat kerjasama dan keprihatinan di kalangan masyarakat setempat wajar dipupuk bagi menjayakan misi Perdana Menteri DatukSeri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan Malaysia Madani,” kata Aidi.

Iklan